BAHAN-BAHAN
Bahan A
400gm kuey teow
Bahan B
100gm udang basah (dibuang kulit)
150gm ayam (dihiris)
fish cake (potong nipis)
3 ulas bawang putih (dicincang)
100gm brokoli (dipotong)
100gm bunga kobis (dipotong)
100gm lobak merah (dipotong panjang)
5 tangkai baby corn
minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
garam
CARA-CARA
1. Panaskan minyak dan goreng kuey teow yang telah digaul bersama telur hingga agak garing dan ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama sos tiram, lada sulah, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey teow dan sedia untuk dimakan.
Kuey Teow Kungfu sedia untuk dimakan... yummmm
salam.. saya bekas pelajar SMKRP tahun 1995,saya sedang mencari bekas guru ERT tahun 1993-1995,iaitu Puan Tung, mintak jasa baik Admin atau sesiapa kalau2 tahu no telefon atau alamat Puan Tung sila hubungi saya di no. 0172107178 atau Wp di no ini. terima kasih
ReplyDelete