Tuesday 15 December 2015

LAPORAN

Nama Program : Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6
Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 1.10 tegahari
Tempat : Bilik Gemilang
Objektif :

1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yangbaru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru,
2.Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkn sahsiah yang cemerlang.
3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang.
4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.
5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan yang baru dan kian mencabar.

Kumpulan Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar)
Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab: Guru-guru Bimbingan & Kaunseling 
1. Cik Nor Afifah Bt Mohd Basri
2. Pn Roslina Bt Che Noor
3. En Sukiman Bin Haron
4. Penyelia Tingkatan 6
5. Guru-guru tingkatan 6
6. Penolong kanan HEM dan kaunselor berkaitan ceramah disiplin tanggungjawab sebagai pelajar.

Laporan Pelaksanaan Program :

Program Transisi Minda Pelajar yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyesuaian untuk persediaan pelajar menghadapi peperksaan STPM. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar pelajar-pelajar lebih bersemangat dan bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan datang. Manakala slot ruang guru-guru dan pelajar-pelajar bebas bersuara dilaksanakan bertujuan agar setiap pihak dapat menegtahui keperluan dan kehendak dalam memastikan kecemerlangan STPM. Matlamat STPM pada tahun 2011 adalah melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat 4 Prinsipal A. Perkongsian idea dan pandangan dengan pelajar-pelajar tentang tips-tips kejayaan cemerlang turut disampaikan dengan memberi pendedahan tentang cara belajar yang berkesan dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan dengan keputusan terbaik pada tahun ini.

Masalah yang dihadapi :

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada matlamat.

Kesimpulam dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak. Walaubagaimanapun pelaksanaan program seperti ini pada masa akan datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Laporan disediakan oleh,

(NURIN ATHIRA BINTI MOHD ZAIDI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Rantau Panjang.

No comments:

Post a Comment