Wednesday 2 December 2015

PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT SEKOLAH :D

Hari khamis yang lepas, satu Pertandingan Memasak peringkat sekolah 2015 telah diadakan di SMK Rantau Panjang Klang pada 6 September 2015. Memang rasa seronok dan tak sabar nak tengok budak memasak ni, mesti best!!!!!!!!!!

Pertandingan memasak peringkat sekolah ini telah ditaja oleh Maggi. Lokasi pertandingan memasak pula dijalankan di Dewan Makan SMK Rantau Panjang Klang. 


Ada 13 kumpulan yang bertanding, dalam satu kumpulan ada 4 orang. Oklah tu..Tak terlalu ramai..tak terlalu sikit... :)




Mari kita tengok kesungguhan pelajar-pelajar SMKRP klang sepanjang pertandingan diadakan :D ~~~~








Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan dua jenis makanan yg BERTEMA SANTAI DAN SEDAP..
Para pelajar perlu menyediakan satu jenis masakan dan satu jenis pencuci mulut.,yummm :D 
Mereka juga dikehendaki menggunakan bahan yang disediakan oleh pihak sekolah dan MAGGI..

Masa yang diperuntukkan dalam pertandingan memasak ini adalah selama 1 JAM sahaja..wuuu!!


So macam2 jenis makanan yang telah diorang sediakan :D



Mari sekodeng sikit hidangan-hidangan yang telah mereka sediakan


Kuey Teow Kungfu

Murtabak daging

Popia goreng

Nasi goreng seafood


Para juri merasa masakan untuk dinilai


Yang ni pemenang tempat pertama :D




Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada para pelajar yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak peringkat sekolah ini..
Semoga pelajar-pelajar lain juga mengambil inspirasi dan minat dalam bidang masakan inshaAllah :)

TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program ini..DAN...kepada pihak MAGGI kerana sudi menjadi penaja pada hari tersebut :D

TERIMA KASIH SEMUAAAAAAAA :)







No comments:

Post a Comment