Tuesday 15 December 2015

ASAS DALAM MASAKAN

1) TUMIS dan REBUS

Dalam masakan Melayu, TUMIS dan REBUS adalah pekara asas kepada semua masakan.

MENUMIS- minyak perlu dituang dan masukkan bawang merah, bawang putih dan pati ikan bilis.

MEREBUS- air diletakkan dalam periuk dan direbus bersama-sama dengan bawang dan pati bilis.

           Sayur yang direbus

          Sayur yang digoreng

2) Mengenali REMPAH dan BAHAN-BAHAN masakan yang lain




3 bahan WAJIB dalam setiap rumah:


KICAP

CILI GILING

REMPAH KARI

Perisa tambahan yang menyedapkan makanan:


ASAN JAWA

LADA SULAH

ASAM KEPING

LADA HITAM


























LAPORAN

Nama Program : Program Transisi Minda Pelajar Tingkatan 6
Tarikh : 30 Januari 2011 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 1.10 tegahari
Tempat : Bilik Gemilang
Objektif :

1. Pelajar-pelajar dapat menyesuaikan diri dengan peralihan sesi persekolahan yangbaru dengan mendapat pendedahan awal memasuki tingkatan yang baru,
2.Pelajar-pelajar dapat memperoleh informasi tentang bidang disiplin dan pembentukan sahsiah yang sempurna sesuai dengan perkembangan mereka agar teras kecemerlangan pelajar adalah berdasarkn sahsiah yang cemerlang.
3. Pelajar-pelajar dapat menyediakan fizikal, mental dan emosi yang membina sebagai persediaan menghadapi peperiksaan STPM dengan cemerlang.
4. Meningkatkan tahap motivasi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar-pelajar.
5. Membantu pelajar-pelajar menghadapi tekanan dan cabaran alam persekolahan yang baru dan kian mencabar.

Kumpulan Sasaran: Semua pelajar Tingkatan 6 (75 pelajar)
Perbelanjaan : Tiada
Guru bertanggungjawab: Guru-guru Bimbingan & Kaunseling 
1. Cik Nor Afifah Bt Mohd Basri
2. Pn Roslina Bt Che Noor
3. En Sukiman Bin Haron
4. Penyelia Tingkatan 6
5. Guru-guru tingkatan 6
6. Penolong kanan HEM dan kaunselor berkaitan ceramah disiplin tanggungjawab sebagai pelajar.

Laporan Pelaksanaan Program :

Program Transisi Minda Pelajar yang dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyesuaian untuk persediaan pelajar menghadapi peperksaan STPM. Selain itu, suntikan motivasi diberi agar pelajar-pelajar lebih bersemangat dan bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan STPM yang akan datang. Manakala slot ruang guru-guru dan pelajar-pelajar bebas bersuara dilaksanakan bertujuan agar setiap pihak dapat menegtahui keperluan dan kehendak dalam memastikan kecemerlangan STPM. Matlamat STPM pada tahun 2011 adalah melahirkan lebih ramai pelajar yang mendapat 4 Prinsipal A. Perkongsian idea dan pandangan dengan pelajar-pelajar tentang tips-tips kejayaan cemerlang turut disampaikan dengan memberi pendedahan tentang cara belajar yang berkesan dan tanggungjawab sebagai pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan dengan keputusan terbaik pada tahun ini.

Masalah yang dihadapi :

Masalah yang timbul dari pelaksanaan program ini ialah masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Slot bersama Pengetua seperti yang dirancang tidak dapat dijalankan kerana ada perkara yang tidak mengizinkan. Segelintir pelajar ada yang masih terawang-awang dan tidak serius semasa program dijalankan kemungkinan masih tiada matlamat.

Kesimpulam dan Cadangan Penambahbaikan :

Secara keseluruhannya program ini berjalan lancar dan mendapat kerjasama semua pihak. Walaubagaimanapun pelaksanaan program seperti ini pada masa akan datang perlu diisi dengan slot-slot yang lebih memberi informasi kepada pelajar dan peruntukan masa perlu dipanjangkan lagi.

Laporan disediakan oleh,

(NURIN ATHIRA BINTI MOHD ZAIDI)

Guru Bimbingan dan Kaunseling
SMK Rantau Panjang.



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RANTAU PANJANG


BULETIN

18 Oktober 2015

Perasmian Minggu Pasca PMR di Dewan Lestari SMK Rantau Panjang.

12 Oktober 2015

Majlis Anugerah Sukan dan Kokurikulum di Dewan Lestari SMK Rantau Panjang.

13-20 Oktober 2015

Kem Tudingan SPM SMKRP.

11 Oktober 2015

Delegasi Sarawak- Bahagian Teknologi Pendidikan Sarawak dan guru-guru media PSS SMK Rantau Panjang

9 Oktober 2015

Pemantauan Galeri Sejarah Peringkat Daerah Klang.


5 hingga 7 Oktober 2015

Kem Tudingan PMR ( 3 hari 2 malam) di SMK Rantau Panjang.

2 Oktober 2015

Delegasi ke Terengganu Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Rantau Panjang. 

29 September 2015

LDP Guru, Penerapan Nilai Dan Perancangan Strategik 2013-2017.

27-29 September 2015

Pertandingan Bola Sepak Juara-Juara Sekolah Di Klang.

26 September 2015

Bola Sepak SPTS Di Stadium Shah Alam.

24 September 2015

SMK Rantau Panjang dilantik sebagai AJK Simposium Robotik Kebangsaan di Hotel D'Zone Johor Bharu.
22 September 2015
21-26 September 2015

7.00 pagi
-PROGRAM LAMBAIAN KAABAH TINGKATAN 4 ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN MAKDIS, SMK RANTAU PANJANG.

9.30 pagi
-AKU JANJI PELAJAR (HALUS) TING 5 BERSAMA PENGETUA CEMERLANG.
3.40 petang
-PROGRAM NADUWAH KEPIMPINAN ISLAM, KETUA DAN PENOLONG KELAS TING 1 DAN 2 ANJURAN MAKDIS, SMK RANTAU PANJANG.

31 Ogos 2015

Perasmian Buletin Maya SMK Rantau Panjang dan Mengibar Jalur Gemilang Terpanjang di Daerah Klang oleh Cik Zaiton binti Idris mantan Pegawai PPD Klang.

TAKWIM SEKOLAH


Takwim Cuti Sekolah 2016 1




Takwim Cuti Sekolah 2016 2













mte3012nurinathira.blogspot.my/2015/12/takwim-cuti-sekolah-2016-1.html

Wednesday 2 December 2015

PERTANDINGAN MEMASAK PERINGKAT SEKOLAH :D

Hari khamis yang lepas, satu Pertandingan Memasak peringkat sekolah 2015 telah diadakan di SMK Rantau Panjang Klang pada 6 September 2015. Memang rasa seronok dan tak sabar nak tengok budak memasak ni, mesti best!!!!!!!!!!

Pertandingan memasak peringkat sekolah ini telah ditaja oleh Maggi. Lokasi pertandingan memasak pula dijalankan di Dewan Makan SMK Rantau Panjang Klang. 


Ada 13 kumpulan yang bertanding, dalam satu kumpulan ada 4 orang. Oklah tu..Tak terlalu ramai..tak terlalu sikit... :)




Mari kita tengok kesungguhan pelajar-pelajar SMKRP klang sepanjang pertandingan diadakan :D ~~~~








Setiap kumpulan dikehendaki menyediakan dua jenis makanan yg BERTEMA SANTAI DAN SEDAP..
Para pelajar perlu menyediakan satu jenis masakan dan satu jenis pencuci mulut.,yummm :D 
Mereka juga dikehendaki menggunakan bahan yang disediakan oleh pihak sekolah dan MAGGI..

Masa yang diperuntukkan dalam pertandingan memasak ini adalah selama 1 JAM sahaja..wuuu!!


So macam2 jenis makanan yang telah diorang sediakan :D



Mari sekodeng sikit hidangan-hidangan yang telah mereka sediakan


Kuey Teow Kungfu

Murtabak daging

Popia goreng

Nasi goreng seafood


Para juri merasa masakan untuk dinilai


Yang ni pemenang tempat pertama :D




Sekalung TAHNIAH diucapkan kepada para pelajar yang telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak peringkat sekolah ini..
Semoga pelajar-pelajar lain juga mengambil inspirasi dan minat dalam bidang masakan inshaAllah :)

TERIMA KASIH diucapkan kepada pihak sekolah yang menganjurkan program ini..DAN...kepada pihak MAGGI kerana sudi menjadi penaja pada hari tersebut :D

TERIMA KASIH SEMUAAAAAAAA :)







Monday 30 November 2015

JUS KedondONg Asam BOi Nyaman~~

BAHAN-BAHAN

12 biji buah kedondong
10 biji asam boi jenis putih
4 biji limau kasturi, perah jusnya
3 liter air mineral
Gula secukup rasa
Ais ketul secukupnya

  


CARA-CARA

1. Rebus 5 biji asam boi dengan 1 liter air dan 2 camca besar gula sehingga gula larut. Sejukkan.
2. Cuci buah kedondong sehingga bersih.
3. Potong kecil isi buah dan ketepikan bijinya.
4. Kikis isi asam boi yang direbus tadi dan buang bijinya.
5. Air rebusan digunakan untuk mengisar buah kedondong dan tapis dalam jag.
6. Tmbah air mineral, kacau dan rasa. Jika kurang manis boleh tambah gula.
7. Masukkan jus limau kasturi dan baki 5 biji asam boi.
8. Tambah ais secukupnya.
9. Sedia untuk diminum sejuk.






Resipi POPIA GORENG BERINTI AYAM Mudah.. :D

BAHAN-BAHAN

Kulit popia
Sayur campur (kobis,lobak merah,taugeh)
1 cawan isi ayam
1/2 bawang besar dipotong dadu
1/2 kiub ayam
minyak masak
1/2 sudu kecil lada sulah
air


CARA-CARA

1. Cincang kasar isi ayam
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan isi ayam. Goreng sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan sayur campur, garam, kiub ayam, dan sedikit lada sulah. Masukkan sedikit air. Goreng lagi sehingga 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Ambil sekeping kulit popia dan letakkan inti. Kemudian gulung kulit popia. Letakkan sedikit air di hujung sebagai gam.
5. Goreng popia dengan minyak penuh sehingga kekuningan. Boleh dihidangkan bersama sos cili. Sedia untuk di makan panas.



  
Popia goreng yang rangup sedia untuk dimakan :)





Resipi KUEY TEOW KUNGFU Besttttt!! :D

BAHAN-BAHAN

Bahan A

400gm kuey teow
5 biji telur(dipukul)





Bahan B

100gm udang basah (dibuang kulit)
150gm ayam (dihiris)
fish cake (potong nipis)
3 ulas bawang putih (dicincang)
100gm brokoli (dipotong)
100gm bunga kobis (dipotong)
100gm lobak merah (dipotong panjang)
5 tangkai baby corn
minyak masak 
2 sudu besar tepung jagung
1 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada sulah
garam 




CARA-CARA

1. Panaskan minyak dan goreng kuey teow yang telah digaul bersama telur hingga agak garing dan ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama sos tiram, lada sulah, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey teow dan sedia untuk dimakan.




Kuey Teow Kungfu sedia untuk dimakan... yummmm



Saturday 28 November 2015

Resipi MURTABAK Sedap.. :)




BAHAN-BAHAN 

Kulit Murtabak

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
Air
Planta

Cara menyediakan kulit Murtabak

1. Masukkan sedikit gula ke dalam tepung gandum
2. campur garam dengan air untuk dijadikan air garam
3.Air garam dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan tepung, uli sehingga doh tidak melekat pada jari.
4.Bentukkan doh menjadi separa bulat dan disapu dengan planta di sekeliling doh tersebut. Biarkan ia kembang selama lebih kurang 3-4 jam.




Inti Murtabak

Setengah kilo daging / ayam yang dicincang / kisar 
2 biji kentang
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah inci halia
Air asam jawa
Serbuk kari daging / ayam
2 sudu besar serbuk kurma
Minyak masak
Sedikit garam dan gula
Daun sup

Cara menyediakan inti murtabak

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan daging tadi.
2. Masukkan air asam jawa, serbuk kari sedikit air dan kentang yang dipotong dadu.
3.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
4.Masak sehingga airnya agak kering
5.Masukkan daun sup dan sejukkan.




Cara mencanai murtabak

1.Ambil sebiji doh dan lepirkan dengan minyak.
2.Gunakan tangan untuk menarik tepung dengan perlahan sehingga menjadi besar keliling dulang.
3.Taburkan sedikit inti. Tuangkan sedikit bancuhan telur ke atas doh.
4.Taburkan bawang dadu dan sedikit daun sup.
5.Lipat keliling dan kemaskan lipatan menjadi segi empat.
6.Panaskan kuali dengan sedikit minyak lalu letakkan diatas kuali.
7.Gorenglah hingga kekuningan.